Kenapa korang patut kena ban?
Sebenarnya sehari dalam kehidupan moderator ni sangat penat. Kerja lain pun banyak lagi nak buat. Jadi saya post sebab apa korang akan kena ban.
1. Duk sebuk posting pasal skim yang korang masuk. ada peluang jer, korang posting.
- apa itu skim? alamat semua skim ni ada tanda ?, atau ref id.
- jadi kepada semua yang duk sibuk promo skim dalam topik, berhati-hatilah. timing tak baik, memang kena ban.
- kalau lah korang dah rugi sebab masuk skim tu, tolong jangan ajak kawan2 mbc rugi sama.
- kalau rasa nak tolong jugak, tolong iklan dalam signature sahaja. link sahaja, kalau image, akan diban juga.
2. asyik-asyik kutuk kerajaan. ada peluang jer kutuk kerajaan.
- kerajaan BN atau Kerajaan PR, dua-dua ada kelemahan. gunakan saluran yang betul seperti pergi mengundi. kalau umur baru 17 tahun tu, janganlah duk sibuk sangat. periksa lagi penting. yang lebih 21 tu, cakap dalam forum degar-degar (dentam dentum) tapi kat luar, telur pun takdak, ngundi pun tak pergi.
3. suka provoke
- satu benda je kena ingat. hidup ni kejap atas, kejap bawah. kalau korang suka provoke orang, satu hari nanti mesti kena balik punya. tapi masalahnya, orang2 macam ni takleh kena provoke balik. kalau dia kena provoke balik, siap bukak forum baru untuk kutuk mbc 24x7.
4. asyik jer keluarkan issue panas.
- baik korang masuk forum yang lebih panas seperti cari. kat situ memang tempat untuk debat issue panas.
5. super spamming system
- nasib tak baik kena ban, kalau kurang sikit, jumlah posting korang akan direset semula ke 0. jadi gunakan akal semasa posting. kat kedai kopi nak spam sepam-dua, kira boleh diterima akallah. tapi baru join sebulan, posting dah ribu-ribu.. sendiri makan pengat..
Akhir sekali, gunakan akal semasa posting. Posting melambangkan anda.