Forum Rules
a) Sebarang post seharusnya bersesuaian dengan forum. Pengguna dinasihatkan supaya membaca isi-isi forum terlebih dahulu sebelum post. Pengguna yang post di forum yang salah akan diberi amaran oleh moderator.
b) Pengguna seharusnya saling menghormati antara satu sama lain. Penggunaan kata-kata kesat dan kata-kata yang tidak disenangi adalah dilarang sama sekali. Amaran akan diberikan serta merta kepada pengguna yang berbuat demikian.
c) Pengguna dinasihatkan supaya menghormati hak-hak terbitan pihak lain. Penggunaan bahan, link, media, atau sumber daripada pihak lain perlulah mendapat keizinan pihak terbabit atau post dibuang serta merta.
d) Pengguna DILARANG membuat thread
Tingkah Laku Yang Tidak Sesuai
e) Pengguna dilarang sama sekali membuat post yang keterlaluan termasuk menghina, memalukan, mengutuk atau menyatakan negatif yang terlampau terhadap pengguna forum ini, Moderator, Admin dan juga forum ini.
f) Sebarang post mengenai PORNO sangatlah DILARANG kerana forum ini adalah umum untuk semua.
Polisi SPAM
g) Pastikan post anda bersesuaian dengan keadaan dan lebih bagus sekiranya bermaanfaat kepada semua. Dan tidak mendorong kepada penonjolan diri.
h) Moderator kami berhak untuk edit mana-mana post yang dianggap sebagai "spam".
i) Sekiranya anda didapati "spamming" di komuniti ini, Moderator atau Admin tidak meragui untuk "delete" dan memberi amaran kepada anda.
Post Berulang
j) Pengguna tidak dibenarkan untuk membuat post yang berulang-ulang. Sekiranya terdapat topik yang sama dengan apa yang ingin anda bincangkan, sila gunakannya tanpa membuat "thread" yang baru.
k) Pengguna juga dinasihatkan tidak post berulang kali.
Sekatan FONT
l) Pengguna tidak dibenarkan menggunakan "font" yang terlalu besar di dalam setiap post. "Font" yang dipilih mestilah dengan saiz yang bersederhana dan tidak terlalu besar.